Sabtu, September 11, 2010
Diceritakan bahawa pada suatu hari, Imam Bukhari pergi ke Samarkand untuk menziarahi saudara-maranya yang tinggal di sana dan menginap sehingga beberapa malam. Sebagaimana kebiasaannya, beliau menghabiskan malam-malamnya untuk bertahajud kepada Allah tidak kira di mana tempatnya.
Suatu malam, saudara-maranya mendengar beliau berdoa selepas solat malamnya: “Wahai Allah, kiranya dunia yang luas ini telah sempit bagiku, maka oleh itu kembalikanlah nyawaku ini ke hadiratMu.”
Tidak sampai sebulan selepas mengucapkan doa tersebut, beliau telah dipanggil oleh Allah SWT untuk menghadap ke hadiratNya.
Diceritakan pula bahawa Imam Bukhari tinggal di rumah seseorang bernama Ghalib bin Jibril. Setelah beberapa hari Imam Bukhari tinggal di rumah tersebut, tiba-tiba beliau jatuh sakit yang setiap hari bertambah parah. Maka datanglah saudara-maranya dari Samarkand meminta agar beliau sudi tinggal bersamanya di sana.
Imam Bukhari tidak keberatan dan menerima pelawaan mereka. Maka dengan dipapah, beliau keluar dari rumah Ghalib untuk pergi ke Samarkand. Akan tetapi, baru saja berjalan lebih kurang dua puluh langkah, tiba-tiba badannya sudah lemah dan tidak kuat lagi melangkah.
“Aduh, kembalikan saja aku ke rumah itu, aku sudah tidak kuat lagi melangkah.” Kata beliau.
Mereka pun berpatah balik dan mengembalikan Imam Bukhari ke rumah yang didiami sebelumnya. Ghalib bin Jibril sendiri yang memegang tangan beliau sewaktu berjalan.
Beliau terus berbaring sambil terus-menerus berzikir dan berdoa kepada Allah. Peluh bercucuran di sekujur tubuhnya. Tidak banyak yang diucapkan pada saat-saat akhir tersebut kecuali beliau hanya berkata: “Kafanilah aku dengan tiga helai kain tanpa baju dan serban.”
Tidak lama selepas itu, beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Hari Raya Aidilfitri iaitu malam Sabtu, tahun 256 H/870 M, ketika berusia 62 tahun. Beliau dikebumikan selepas zohor, esoknya, selepas satu kehidupan yang penuh dengan berbagai usaha yang mulia serta murni.
Ghalib bin Jibril berkata: “Kami telah menunaikan pesanannya, sudah mengafaninya, kemudian menyolatkannya, barulah kami memasukkannya ke dalam liang lahad. Sejurus itu terdapat bau yang amat wangi seperti ‘Misk’ terbesar dari tanah perkuburannya dan ia berterusan beberapa hari.”
Al-Firabri berkata: “Aku bermimpi melihat Nabi s.a.w. di dalam tidurku.” Baginda s.a.w. bertanya kepadaku, “Engkau hendak menuju ke mana?” Aku menjawab: “Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail al-Bukhari”. Baginda s.a.w. berkata, “Sampaikan salamku kepadanya!”
Petikan:
Dari buku karya saya, Lembaran Hidup Ulama'
Suatu malam, saudara-maranya mendengar beliau berdoa selepas solat malamnya: “Wahai Allah, kiranya dunia yang luas ini telah sempit bagiku, maka oleh itu kembalikanlah nyawaku ini ke hadiratMu.”
Tidak sampai sebulan selepas mengucapkan doa tersebut, beliau telah dipanggil oleh Allah SWT untuk menghadap ke hadiratNya.
Diceritakan pula bahawa Imam Bukhari tinggal di rumah seseorang bernama Ghalib bin Jibril. Setelah beberapa hari Imam Bukhari tinggal di rumah tersebut, tiba-tiba beliau jatuh sakit yang setiap hari bertambah parah. Maka datanglah saudara-maranya dari Samarkand meminta agar beliau sudi tinggal bersamanya di sana.
Imam Bukhari tidak keberatan dan menerima pelawaan mereka. Maka dengan dipapah, beliau keluar dari rumah Ghalib untuk pergi ke Samarkand. Akan tetapi, baru saja berjalan lebih kurang dua puluh langkah, tiba-tiba badannya sudah lemah dan tidak kuat lagi melangkah.
“Aduh, kembalikan saja aku ke rumah itu, aku sudah tidak kuat lagi melangkah.” Kata beliau.
Mereka pun berpatah balik dan mengembalikan Imam Bukhari ke rumah yang didiami sebelumnya. Ghalib bin Jibril sendiri yang memegang tangan beliau sewaktu berjalan.
Beliau terus berbaring sambil terus-menerus berzikir dan berdoa kepada Allah. Peluh bercucuran di sekujur tubuhnya. Tidak banyak yang diucapkan pada saat-saat akhir tersebut kecuali beliau hanya berkata: “Kafanilah aku dengan tiga helai kain tanpa baju dan serban.”
Tidak lama selepas itu, beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Hari Raya Aidilfitri iaitu malam Sabtu, tahun 256 H/870 M, ketika berusia 62 tahun. Beliau dikebumikan selepas zohor, esoknya, selepas satu kehidupan yang penuh dengan berbagai usaha yang mulia serta murni.
Ghalib bin Jibril berkata: “Kami telah menunaikan pesanannya, sudah mengafaninya, kemudian menyolatkannya, barulah kami memasukkannya ke dalam liang lahad. Sejurus itu terdapat bau yang amat wangi seperti ‘Misk’ terbesar dari tanah perkuburannya dan ia berterusan beberapa hari.”
Al-Firabri berkata: “Aku bermimpi melihat Nabi s.a.w. di dalam tidurku.” Baginda s.a.w. bertanya kepadaku, “Engkau hendak menuju ke mana?” Aku menjawab: “Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail al-Bukhari”. Baginda s.a.w. berkata, “Sampaikan salamku kepadanya!”
Petikan:
Dari buku karya saya, Lembaran Hidup Ulama'
Rabu, November 19, 2008
Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi, Ulama Hadis India Terkenal
Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi dilahirkan pada 10 Ramadhan 1315H, bertepatan dengan 12 Februari 1898, di sebuah desa bernama Kandlah di wilayah Uttar Pradesh, India, dari sebuah keluarga yang mempunyai sejarah panjang dalam pengabdian pada agama. Silsilah keluarga beliau bersambung sampai kepada sahabat besar Nabi, Abu Bakar As-Siddiq r.a..
Semasa kecil Zakariyya mulai belajar membaca kepada Hakim Abdur Rahman, kemudian menghafal Al-Quran di bawah bimbingan langsung sang ayah, Maulana Muhammad Yahya, seorang ulama besar yang cukup terpandang di India. Setelah itu belajar bahasa Parsi dan bahasa Arab kepada Maulana Muhammad Ilyas, pendiri gerakan Tabligh.
Pada usia 12 tahun, Maulana Zakariyya dibawa oleh sang ayah ke Madrasah Mazahirul Ulum. Di bawah bimbingan sang ayah, beliau mempelajari bahasa Arab tingkat lanjut, teks-teks klasik, nahwu, saraf dan ilmu mantiq.
Ketika menginjak usia 17 tahun, minat utamanya mulai terfokus pada bidang kajian ilmu hadis. Beliau mempelajari 5 dari 6 kutubussittah. Bahkan beliau sempat belajar untuk kedua kalinya kitab Sahih Bukhari dan Sunan at-Tirmizi kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Selama mempelajari kitab-kitab tersebut, Maulana Zakariyya selalu menjaga wudhuk.
Maulana Zakariyya memulai karier mengajarnya pada tahun 1335H, ketika beliau ditunjuk untuk mengajar di mata pelajaran nahwu, saraf dan sastera. Pada tahun 1341H, kemudian ditunjuk untuk mengajar tiga bahagian dari kitab Sahih Bukhari dan pada tahun 1344H ditambah lagi mengajar kitab Mishkat al-Masabih.
Pada tahun 1345H, beliau berkesempatan mengunjungi tanah suci. Di Madinah beliau tinggal selama 1 tahun dan selama itu mengajar Sunan Abi Daud di Madarasah Ulum Shar’iyyah. Di Kota Nabi ini, Maulana mulai menulis Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik, syarah kitab Al-Muwatta’nya Imam Malik, ketika itu beliau berumur 29 tahun.
Ketika kembali ke India, beliau mulai lagi mengajar kitab Sunan Abi Daud, Sunan al-Nasai, Al-Muwatta Imam Muhammad dan separuh bagian dari Sahih Bukhari, separuhnya lagi diajarkan oleh direktur madrasah. Setelah sang direktur wafat, tugas mengajar Sahih Bukhari ini diberikan seluruhnya kepada Maulana Zakariyya.
Selama hidup beliau, beliau telah mengajar separuh bahagian pertama dari Sahih Bukhari selama 25 kali, mengajar seluruh kitab tersebut selama 16 kali dan mengajar kitab Sunan Abi Daud sebanyak 30 kali. Karier beliau mengajar bertahan sampai tahun 1388H, ketika beliau menderita sakit mata yang tidak memungkinkan lagi untuk terus mengajar.
Kecintaan Maulana Zakariyya pada agama, terutama pada kajian ilmu hadis, sangat total. Total waktu yang dihabiskan beliau untuk belajar dan mengajar hadis adalah selama kurang lebih 60 tahun.
Dalam kurun waktu tersebut beliau juga telah menulis lebih dari 80 kitab yang sangat tinggi nilainya dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia. Beberapa kitab yang beliau tulis dalam bidang kajian hadis antara lain ; Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik (syarah dari kitab Muwatta Imam Malik, terdiri dari 6 jilid), Lami’ al-Dirari ‘ala Jami’ al-Bukhari (syarah dari kitab Sahih Bukhari), Syarah Muslim (syarah Sahih Imam Muslim), Juz’ Hajjat al-Wida’ wa ‘Umrat al-Nabi (Berisi tentang haji dan umrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., juga memuat tentang masalah hukum haji, lokasi, dan tempat-tempat yang pernah dilalui atau disinggahi oleh Rasuulllah s.a.w.), Khasa’il Nabawi Sharh Shama’il al-Tirmidhi (syarah dan komentar terhadap kitab al-Shama’il al-Muhammadiyya-nya Imam Tirmidzi yang berisi tentang hadis-hadis yang berkenaan dengan peri kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.) dan beberapa kitab lainnya.
Maulana Zakariyya wafat pada 1345H.
Lebih lengkap mengenai riwayat hidup beliau bisa dibaca di buku autobiografi beliau yang ditulis dengan cara yang unik oleh beliau sendiri dengan judul “Aap Beeti”, yang setakat ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul “Autobiografi Zakariyya Al-Kandahlawi”.
Membaca kisah belajar, mengajar, menulis, ketekunan dan semangat Maulana Zakariyya dalam pengabdiannya kepada agama, khususnya dalam ilmu hadis harusnya membuat kita menjadi malu.
Pertanyaan sederhana untuk kita, apa yang telah kita lakukan untuk memajukan agama yang kita cintai ini?
Rabu, November 12, 2008
Ibnu Qutaibah, Akibat Makan Pedas
Ibnu Qutaibah adalah seorang ulama besar, sasterawan dan ahli hadis besar yang mencapai tingkat al-Hafiz . Karangannya banyak dan sangat bermutu. Para ahli ilmu mengatakan bahawa sesiapa yang tidak menyimpan sebahagian dari karangan Ibnu Qutaibah di rumahnya, dia rugi atau tidak lengkap pengetahuannya. Diceritakan bahawa pada suatu hari Ibnu Qutaibah melihat harisah yakni sejenis makanan yang dibuat daripada campuran tepung dan daging yang ditumbuk halus-halus dan dicampur dengan berbagai rempah ratus termasuk cili padi. Mungin baunya sangat wangi dan sedap. Tanpa menunggu lama, beliau menghidu makanan itu dan terus dimakannya. Ternyata terlalu sangat pedas.
Ensiklopedia Para Wali
Akibat Makan Pedas
Serta merta beliau mengadu kepedasan dan memekik kuat-kuat kerana mulut dan tekaknya terasa panas disebabkan terlalu pedas. Bahkan makanan tersebut sudah masuk ke dalam perutnya. Kerana terlalu pedasnya, beliau pengsan sehingga masuk waktu zuhur dan baru sedar setelah beberapa lama kemudian. Sejak sedar dari pengsannya, beliau tidak henti-hentinya menyebut:
“Asyhadu alla ilaha illallah, Asyhadu alla ilaha illallah...”
Beliau terus menyebut sehingga wafat pada waktu menjelang subuh dalam bulan Rejab tahun 276H. Radiallahu anh.
Dikutip dari: Ensiklopedia Para Wali
Selasa, September 16, 2008
Imam Muslim, Terlalu Banyak Makan Kurma
Imam Muslim ialah salah seorang ulama hadis besar yang enam yang memiliki kitab musnad hadis. Imam Muslim dilahirkan pada tahun 206H/820M yang berkat di Nisabur. Nama sebenarnya Abu Husain Muslim bin Hajjaj bin Muslim. Beliau berasal dari keturunan Bani Qusyair salah sebuah kabilah Arab. Pengembaraan dan Kesukaannya Kepada Ilmu Imam kita ini amat suka kepada ilmu dan amat menggemari bersua muka dengan ulama-ulama. Beliau belayar melintasi padang-padang pasir dan menyeberangi lautan. Segala tujuannya ialah menjumpai ulama-ulama terkenal pada masanya dan para cerdik pandai sezaman dengannya dan juga mereka yang bijaksana yang sewaktu dengannya. Beliau belayar ke Hijaz, Iraq, Mesir dan Syria. Beliau telah pergi ke Baghdad lebih dari sekali. Beliau telah mendapat banyak faedah dari penduduk-penduduknya. Dan kali terakhir pemergiannya ke Baghdad ialah pada tahun dua ratus lima puluh sembilan. Susunan:
M.A.Uswah,
Sandakan,
16 September 2008. Rujukan:
- Silsilah Ulama Hadis karya Ali Yusuf Ali
- Ensiklopedia Para Wali susunan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar
Dan bila masa Imam Bukhari telah datang ke Naisabur, pada masa itulah Imam Muslim banyak menghubunginya serta mengakui kelebihannya. Bahkan lebih dari itu, bila masa Imam Bukhari telah tinggal di Naisabur. Pada akhirnya, Imam Muslim terus berdamping dengannya, sebab itulah kita telah mendapatinya, mengikut jejak langkah serta mempunyai banyak kesan dari gurunya Imam Bukhari. Hal ini amat jelas dalam sahihnya.
Tetapi, walaupun beliau berguru dengannya, beliau tidak meriwayatkan dari riwayat-riwayatnya, kemungkinan besar kerana beliau merasa memadailah dengan apa yang telah dikarang oleh gurunya.
Dan sesungguhnya pelayaran-pelayarannya itu telah memudahkan kepadanya penemuan-penemuannya dengan bilangan besar dari ulama-ulama terkemuka dan bijaksana seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Abdullah bin Salamah, Ibnu Rahawaih, Ibnu Mahran, Said bin Mansur dan ramai lagi.
Sememangnya Imam Muslim amat meminati ilmu hadis dari kecil lagi. Ketika beliau mula mendengar hadis dari umur amat muda sangat, iaitu pada tahun 218H. Keadaan sedemikian telah menjadikannya sebagai orang yang amat menguasai serta menunjukkan kebolehan dalam bidang ini. Ini semua telah melayakkannya menduduki tempat yang amat tinggi serta kedudukan amat mulia dan juga mencapai tahap amat istimewa dalam bidang tersebut.
Beginilah imam kita, amat meminati ilmu dan beginilah hasil-hasil ilmiahnya. Ialah pemberian yang tidak terhad mengenai hadis-hadis.
Kemegahannya
Imam Muslim, pada masa dahulu amat bermegah dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya dari nikmat ilmu serta telah diberi hidayah bagi mencapai segala apa yang beliau telah usahakan. Beliau bermegah dengan perasaan syukur. Beliau pernah berkata, memuji sahihnya, ”Jika seluruh penghuni bumi ini menulis hadis selama dua ratus tahun, pasti huraian mereka berdasarkan sanad ini.
Sesungguhnya ini tidak syak lagi, beliau begit menjaga dan meneliti, peringatannya cukup tajam dan kukuh kajiannya dalam riwayat hadis. Dan dialah yang berkata: ”Saya tidak pernah meletakkan sesuatu melainkan dengan hujah atau meninggalkan sesuatu melainkan dangan hujah pula”.
Sifatnya Merendahkan Diri
Beliau amat suka menonjolkan kebenaran walau melalui orang lain, tujuan yang diperlukan dan dikehendaki ialah hanya kebenaran, bagi mengikut perintah Allah serta mencapai keredhaanNya. Kerana itulah, kita mendapaiti dengan sepenuh tawadhuk serta akhlak yang amat mulia menunjukkan kitabnya kepada para hafiz yang dipercayai semasa dengannya, bagi memberikan pendapat serta kritikan mereka mengenainya.
Imam Muslim berkata, ”Saya telah menunjukkan kitab saya ini kepada Abu Zara’ah Ar-Razi, segala apa yang diisyaratkan, bahawa ia mempunyai sesuatu kelemahan yang telah meninggalkannya dan segala apa yang beliau kata ialah sesungguhnya beliau adalah sahih dan tidak mempunyai apa kelemahan yang terbit darinya.”
Dan dengan segala kajian serta penapisan itu, beliau telah mencapai dua belas ribu hadis sahih, beliau telah tamat penulisannya dalam tempoh masa lima belas tahun.
Imam Muslim berkata lagi, ”Saya telah membentukkan kitab hadis ini, dari tiga rauts ribu hadis yang telah didengar”. Dengan ini, dia tidak meletakkan kesemua hadis sahih dalam kitabnya Sahih Muslim, tetapi beliau hanya meletakkan hadis-hadis yang telah mencapai tahap ijmak mengikut ilmu dan penguasaannya.
Kerana itu kita dapatinya berkata, ”Bagi saya, bukan setiap apa yang saya telah dapati sahih, saya hanya telah memuatkan apa yang telah mencapai darjat ijmak”. Beginilah keadaan Imam Muslim dan sifatnya dari hal menjaga, meneliti dan juga dia mempunyai pandangan mengkaji serta menyelidik.
Kedudukannya
Sesungguhnya amat molek, apa yang telah dikatakan oleh sebilangan orang, bila mereka membandingan di antara kedua-dua omam yang mulia ini, Imam Bukhari dan Imam Muslim, mereka menggabungkan kedua-dua imam ini seperti seorang yang ssdang sembahyang dan orang yang mengikut dengannya secara langsung.
Mereka berkata: ”Walaupun Imam Bukhari lebih terkemuka dalam bidang hadis sahih serta ilmu mengenai riwayat hadis dan penguasaan serta luasnya daya menghafal. Sebenarnya Imam Muslim, dialah orang yang sedang sembahyang dan dialah orang yang mengikutinya dalam ilmu, fadilat dan kedudukan”.
Keadaan ini tidak langsung menghairankan kerana Imam Muslim adalah muridnya dan juga lepasannya. Mengenai hal sedemikian al-Khatib al-Baghdadi berkata:: ”Sesungguhnya Imam Muslim telah mengikut jejak langkah Imam Bukhari, mengkaji ilmunya dan mencontohinya.
Murid-Muridnya
Sesungguhnya kita tidak berupaya dengan mudah dan senang, menyebut mereka yang telah memuji Imam Muslim dengan tepat atau mengagungkannya. Dengan ini, mungkin sudah memadai dengan mengetahui, bahawa Imam Muslim telah mempunyai murid-murid yang telah menjadi di antara ulama-ulama terkemuka pada masa mereka dan telah memenuhkan seluruh dunia dengan ilmu, kebajikan serta berkat. Di antara mereka yang bijaksana ialah Imam At-Tirmizi, Yahya Ibnu Said, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Mubarrak dan ramai lagi yang lainnya.
Mari kita lihat bagaimanakah keikhlasan murid-muridnya dengannya dan bagaimanakah mereka selalu menolongnya, sentiasa menjaga serta berusaha bagi mencapai keredhaannya semata-mata kerana Allah bagi mencapai kebenaran serta mendapat ilmu, walau mereka menghabiskan seluruh umur muda mereka.
Terdapat satu riwayat dari Ahmad Ibnu Salamah, iaitu salah seorang daripada murid-muridnya yang paling berwibawa, bahawa dia telah menulis dengan Imam Muslim semasa beliau mengarang Sahihnya, selama lima belas tahun iaitu sebanyak dua belas ribu hadis.
Beginilah keadaan murid-muridnya dengannya. Hal ini dengan jelasnya menunjukkan, sejauhmana kemuliaan akhlak guru ini, ketinggian ilmunya, sifat tolak ansurnyadan sifatnya yang amat mulia. Dan juga karangannya As-Sahih telah diatur dan disusun dengan paling rapi dan teratur. Di samping ia juga merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan dipercayai selepas Kitaabullah danyang telah diterima oleh umat Islam dengan sebaik-baiknya.
Karya-Karyanya
Selain karyanya yang terkenal iaitu Sahih Muslim, Imam Muslim telah mengarang berbagai-bagai kitab serta penulisan-penulisan yang lain yang telah tersebar dikalangan orang-orang seperti tersebarnya angin di tempat yang terbuka, tanpa apa-apa halangan, supaya ia sampai ke hati serta akal para pembacanya. Isi kitab-kitab itu telah bercampur gaul dalam jiwa mereka seperti tercampurnya air dalam segala yang hidup.
Antara karya-karyanya itu ialah:
1. Al-Musnad al-Kabir
2. Al-Asma’ Wal Kunni
3. At-Tamnyiz
4. Al-Ifrad
5. Sualat Ahmad Ibnu Hanbal
6. Lain-lain lagi
1. Al-Musnad al-Kabir
2. Al-Asma’ Wal Kunni
3. At-Tamnyiz
4. Al-Ifrad
5. Sualat Ahmad Ibnu Hanbal
6. Lain-lain lagi
Keistimewaan Sahih Muslim
Imam kita Muslim telah melakukan satu cara yang tunggal serta mat istimewa dalam penulisan Sahihnya. Beliau telah melakukannya dengan satu metodologi yang lain dari metodologi Imam Bukhari dalam Sahihnya. Sesungguhnya Sahih Muslim telah mempunyai keistimewaan, bahawa penulisnya telah mengikut satu metodologi yang baik, iaitu dia telah mengumpul matan-matan kesemuanya dengan riwayatnya dalam satu tempat, tanpa ditaburkan dalam bab-bab.
Dia juga tidak memutus-memutuskan dalam berbagai-bagai penjelasan, sepertimana telah dilakukan oleh Imam Bukhari, dia juga tidak mengulang-ulangnya kecuali dalam sesuatu keadaan yang tidak boleh tidak, pasti disebut dan diulang hadis itu yang mempunyai apa-apa tambahan atau sanad yang dibawakan di sebelah sanad lain, dengan suatu sebab. Sesungguhnya ini adalah satu keistimewaan serta kelebihan Imam Muslim dari ulama-ulama yang sebelumnya dari hal penulisan Sahihnya.
Terlalu Banyak Makan Kurma
Al-Khatib menceritakan sebab kematian Imam Muslim. Suatu hari Imam Muslim mengadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadis. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu adis kepada Imam Muslim, tapi beliau tidak mengetahui akan hadis tersebut. Beliau balik debgan tekad untuk membongkar lagi catatan-catatan hadisnya.
Sesampainya di rumah, beliau terus masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu.
”Sesiapa pun tidak boleh masuk menjumpaiku pada malam ini.” kata Imam Muslim kepada keluarganya.
Pada siang harinya, seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Maka kurma itu pun di bawa masuk ke dalam biliknya.
Mulailah beliau menyemak catatan-catatan hadisnya. Apabila selesai membaca satu hadis, beliau mencapai sebiji kurma lalu dimakannya. Kemudian membaca satu hadis lagi, lalu mencapai sebiji kurma dan memakannya setelaj satu hadis yang dibacanya selesai. Demikianlah seterusnya sehingga pagi dan tanpa disedarinya dan satu bakul kurma telah habis dimakannya. Akibatnya, beliau sakit perut yang membawa ada ajalnya. Maka pada hari Ahad malam Isnin, 25 Rejab 261H/875M, imam besar itu wafat dan dikebumikan pada esok harinya. Beliau telah menjangkau umur 53 tahun sahaja.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, sesuai dengan segala jihadnya, manfaat yang dia telah menghulurkannya serta jihad dan kesabarannya, bagi membuahkan ilmu yang dia telah tinggalkan.
M.A.Uswah,
Sandakan,
16 September 2008.
- Silsilah Ulama Hadis karya Ali Yusuf Ali
- Ensiklopedia Para Wali susunan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar
0 Tanggapan:
Posting Komentar