SELAMAT DATANG
Selamat datanf di lapak MAKRIFATBUSINESS untuk order bisa melalui marketipace Shopee Tokopedia Bukalapak Lazada dengan nama lapak makrifatbusiness atau order via WA 08123489038 email : imronpribadi1972@gmail.com

Cari Disini

Translate


Kamis, 23 September 2010

Badiuzzaman Said Nursi, Ulama, Mujaddid & Sufi Besar Abad 20










Sabtu, November 29, 2008











Badiuzzaman Said Nursi, Ulama, Mujaddid & Sufi Besar Abad 20





Badiuzzaman
Said Nursi dilahirkan di perkampungan Nurs di Wilayah Bitlis, yang
terletak di timur Anatolia pada tahun 1876M, iaitu tahun Sultan Abdul
Hamid II menaiki takhta pemerintahan Uthmaniyyah. Beliau yang
kemudiannya diberi gelaran Badiuzzaman (Keagungan Zaman) berketurunan
Kurdi dan tidak bertutur di dalam Bahasa Turki, hinggalah beliau
berhijrah ke bandar Van.




Semasa
di Van, beliau telah membuat analisa terhadap tahap kefahaman
masyarakat tempatan, khususnya kaum Kurdi terhadap Islam. Akhirnya
beliau membuat kesimpulan bahawa beliau berkewajipan untuk belajar
ilmu-ilmu Sains supaya dapat disinergikan dengan ilmu teras Islam yang
lain. Badiuzzaman Said al-Nursi telah meluangkan masa belajar dengan
tekun ilmu Geografi, Fizik dan Falak.


Beliau
seterusnya mengusahakan agar ilmu Sains ini diajar seiringan dengan
ilmu agama agar mereka yang tidak dapat memahami kecuali melalui ‘bahasa
Sains’ akan dapat juga sampai kepada hakikat Iman.


Ketika
berlakunya kucar kacir besar-besaran di Istanbul pada 13 April 1909
yang membawa kepada tersingkirnya Sultan Abdul Hamid II dari takhta
Khalifah, Parti Ittihad ve Terakki telah pun menguasai negara. Mereka
telah menangkap ramai sarjana Islam dan diheret ke muka pengadilan. Di
antara mereka itu ialah Badiuzzaman Said al-Nursi. Tetapi disebabkan
oleh kepintarannya berhujah, mahkamah gagal mensabitkan beliau dengan
sebarang pertuduhan, dan akhirnya dibebaskan.


Badiuzzaman
Said al-Nursi juga pernah pergi ke Syam (Damascus) dan menyampaikan
khutbahnya di Masjid al-Umawi di sana. Khutbah yang disampaikannya di
situ dikenali sebagai al-Khutbah al-Syâmiyyah, menjelaskan tentang
sebab-sebab kemunduran umat Islam sebagaimana yang diperhatikannya.


Beliau
juga telah secara sukarela menyertai Perang Dunia Pertama bersama-sama
dengan 3000 orang anak muridnya. Mereka bertempur dengan tentera Russia
yang bekerja keras menawan Bitlis. Selepas ramai tentera Russia terbunuh
di satu pihak, serta tentera Islam dari kumpulan Turki dan Kurdi di
satu pihak yang lain, akhirnya Bitlis jatuh ke tangan Russia.
Badiuzzaman Said al-Nursi telah ditawan dan dipenjarakan. Akan tetapi,
semasa di penjara itu, beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar Islam
kepada tawanan perang.


Badiuzzaman
telah berjaya melepaskan diri dari tawanan tersebut dan melarikan diri
ke Siberia. Kemudiannya beliau ke Eropah dan seterusnya pulang ke
Istanbul melalui Warsaw, Berlin dan Vienna.


Di
Istanbul, Enver Paşa yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika
itu telah mengurniakan Badiuzzaman Said al-Nursi pelbagai anugerah
kehormat di atas jasanya memimpin orang ramai ke arah bangkit menentang
penjajahan Russia. Enver Paşa juga telah melantik beliau menjadi anggota
Darü’l-Hikmeti’l-Islamiye, sebuah akademi yang menghimpunkan sarjana
Islam di Istanbul ketika itu.


Selepas
berlakunya Perang Kemerdekaan dan berjayanya Turkish Grand National
Assembly dibentuk, kabinet Atatürk telah menjemput Badiuzzaman
menyertainya di Ankara. Jemputan itu diterima, namun selepas tibanya
Badiuzzaman ke Ankara, dia tidak dapat bersekongkol dengan mereka kerana
beliau mendapati anggota kabinet itu tidak patuh kepada Syariat Islam.


Beliau
menegur Atatürk dan anggota kabinetnya, “tidak ada kebaikan yang boleh
saya harapkan daripada golongan yang mengabaikan Solat!”
Selepas itu,
Badiuzzaman Said al-Nursi meneruskan kegiatannya berdakwah, mendidik
masyarakat dan sentiasa berulang alik di antara penjara dan pembuangan,
hasil tekanan yang dibuat oleh regim Atatürk.


Pada
tahun 1935, kerajaan Republik Turki telah membuat pertuduhan terhadap
Badiuzzaman bahawa kononnya beliau menubuhkan sebuah gerakan rahsia yang
menentang pemerintah. Beliau telah didakwa di Mahkamah Eskişehir dan
kemudiannya dibuang ke Kastamonu. Manakala pada tahun 1943, Mahkamah
Denizli telah mendakwa Badiuzzaman Said al-Nursi bahawa beliau memimpin
sebuah pergerakan rahsia yang bertujuan menggulingkan pemerintah, serta
menuduh Atatürk sebagai ‘Dajjal dan Pembinasa Agama’. Pendakwaan itu
berlangsung selama 9 bulan. Beliau akhirnya dibebaskan daripada
pertuduhan tetapi ditahan daerah di Emirdağ, sebuah bandar di daerah
Afyon.


Pada
tahun 1952, Badiuzzaman tiba di Istanbul tetapi kemudiannya pulang
semula ke Emirdağ dan di peringkat inilah, risalah-risalah karangannya,
dikumpul dan ditulis dengan huruf Arab untuk disebarkan kepada orang
ramai. Pengikut Badiuzzaman menjadi semakin ramai khususnya selepas
tahun 1950 iaitu di era pemerintahan İsmet İnonu.


Penulisan
Badiuzzaman telah menjadi pembimbing yang besar kepada umat Islam di
Turki. Beliau menulisnya secara non linear iaitu mentafsirkan ayat-ayat
al-Quran bukan mengikut susunan Surah atau Ayat. Sebaliknya berdasarkan
kepada keperluan masyarakat menerusi isu-isu yang timbul dari semasa ke
semasa. Beliau sendiri menggelar Risalahnya sebagai “penolak keraguan
yang ditimbulkan oleh Syaitan-syaitan Jin dan manusia, serta pengukuh
Aqidah kaum Muslim di jalan yang Haq dan betul”


Pada
tahun 1960 Said al-Nursi berhasrat untuk berpindah dari İsparta ke
Urfa. Di rehlah kali inilah, Badiuzzaman Said al-Nursi menghembuskan
nafasnya yang terakhir selepas suatu perjalanan hidup yang panjang dan
berliku, iaitu pada 23 Mac 1960 bersamaan 25 Ramadhan 1379. Beliau
selamat dikebumikan di Urfa.


Akan
tetapi pada 11 Julai 1960, Revolusi Tentera telah menggulingkan
pentadbiran kabinet Adnan Menderes dan beliau sendiri dihukum gantung
oleh pihak Tentera dengan alasan bersikap acuh tidak acuh di dalam
mengekang kebangkitan semula golongan pro-Islam. Pada masa itulah,
anggota revolusi telah mengarahkan supaya makam Badiuzzaman Said
al-Nursi dibongkar dan jenazahnya dikeluarkan untuk dipindahkan ke
İsparta. Di bandar itulah, Badiuzzaman Said al-Nursi bersemadi di suatu
tempat yang tidak diketahui, hingga ke hari ini.


Badiuzzaman Said al-Nursi telah mewariskan hasil pemikirannya di dalam jumlah yang besar. Antaranya ialah:


1.Rasâil al-Nur yang terdiri daripada 130 Risalah, terbahagi kepada:
a.Sözler (al-Kalimât) yang terdiri daripada 33 Risalah.
b.Mektubât, terdiri daripada 50 Risalah.
c.Lem’ât, terdiri daripada 15 Risalah.
d.Juzuk tambahan kepada Rasâil al-Nur iaitu Lâhika Kastamonu, Lâhika Emirdağ dan Lâhika Barla.


2.Tulisan-tulisan lain seperti İşaratü, Mesnevi-i Nuriye dan sebagainya


Dakwah
yang dilakukan oleh Badiuzzaman Said al-Nursi menonjolkan kesungguhan
beliau memecahkan kebekuan tradisi pengajian ilmu Islam, mendorong
kepada penguasaan ilmu Syariat dan Sains dan saling mempergunakan
kedua-dua ilmu tersebut ke arah memahami hakikat Iman.


Beliau
tidak banyak mendatangkan perselisihan pandangan Ulama, sebaliknya
banyak memfokuskan kepada meneroka pelbagai kaedah penyampaian demi
membolehkan semua lapisan masyarakat dapat memahami mesej yang hendak
diketengahkan.


Semoga
Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran untuk Badiuzzaman Said al-Nursi
yang kehidupan dan matinya bujang, kerana berkahwin dengan perjuangan
yang gigih dan berpanjangan.

Sumber:
Kertas
kerja Seminar Di Ambang Keruntuhan Uthmaniyyah: Pengajaran Buat Ummah
oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pada 4 Februari 2006. Artikel asal
bertajuk Dakwah Badiuzzaman Said al-Nursi.













Senin, November 24, 2008











Abdullah Azzam, Mujahid Afghanistan Yang Menemui Syahid








Setelah
lengkap berpakaian, pada tengah hari Jumaat, 24 November 1989, Abdullah
Azzam bersama 2 orang anaknya, Muhammad dan Ibrahim melangkah keluar
dari rumahnya untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sab’ul lail di
Pakistan.





Mereka
menggunakan kenderaan untuk ke masjid tersebut. Perjalanan ke masjid
dari rumah beliau tidaklah jauh. Hanya kira-kira 10 minit menaiki
kenderaan. Setelah lima minit Abdullah Azzam dan 2 orang anaknya
meninggalkan rumah kediaman mereka, satu letupan kuat dan menggegarkan
mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.





Orang-orang
berhamburan keluar dari masjid dan menyaksikan pemandangan yang
mengerikan. Hanya sedikit saja yang tersisa dari kendaraan yang

hancur lebur. Tubuh anaknya yang kecil, Ibrahim, terlempar ke udara
sejauh 100 meter, demikian pula anaknya seorang lagi, beterbangan pada
jarak yang hampir sama. Potongan-potongan tubuh mereka tersebar di
pohon-pohon dan kawat-kawat listrik. Sementara tubuh As-Syahid Syeikh
Abdullah Azzam tersandar di dinding, tetap utuh dan tidak cacat sama
sekali, kecuali sedikit darah terlihat mengalir dari mulut beliau.




“Kecintaan pada jihad telah menguasai hidupku, jiwaku, perasaanku, hatiku, dan segenap inderaku.”




Begitulah
Abdullah Azzam, salah satu putera terbaik Palestin, mengungkapkan
kecintaannya pada jihad. Beliau ialah ulama yang mendakwahkan jihad dan
memasukkannya ke rumah-rumah kaum muslimin. Menyalakan api jihad dalam
da
da ribuan pemuda Islam, lalu membawa nyala jihad itu ke Afganistan dan ke seluruh penjuru dunia.




Beliau
ialah mujahid yang mencurahkan seluruh hidupnya untuk berjihad di jalan
Allah. Ahli zuhud yang berpaling dari kemewahan dunia dan memilih
kenikmatan medan
jihad. Ratusan tulisan dan pidatonya, oleh para ulama dan cendekiawan
muslim di dunia, diakui mampu menghidupkan roh baru dalam diri umat.
Seolah-olah beliau dipilih Allah SWT untuk menegakkan kembali kewajiban
yang telah dilupakan sebagian besar umat Islam, iaitu jihad.




Beliaulah
yang menyedarkan umat, jihad ialah nyawa dan eksistensi ummat Islam.
Dalam sebuah wasiatnya beliau mengatakan, “Sesungguhnya orang-orang yang
ber
anggapan
bahwa agama Allah akan jaya tanpa jihad dan perang, tanpa titisan darah
dan luka-luka tubuh mereka adalah para pemimpi yang tidak tahu tabiat
agama ini. Jihad adalah tulang punggung dakwah kalian, benteng agama
kalian dan perisai syariat kalian”




Abdullah
Azzam ialah cahaya pada wajah umat abad dua puluh. Ketokohannya dalam
membawa umat memahami cara hidup yang dikehendaki Islam sangat besar.
Dialah yang menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.. dan menyatukan
madrasah (tempat menuntut ilmu) dengan mu`askar (tempat latihan perang).
Menyatukan masjid dengan medan
tempur. Dan menyatukan ucapan dengan perbuatan. Dia bukan ulama biasa,
namun ulama dan mujahid besar yang pantas mendapat gelaran syeikhul
jihad abad 20. Namanya pantas disejajarkan dengan Abdullah bin Mubarak
dan Izzudd


in bin Abdussalam.


Lahirnya


Abdullah Azzam lahir pada tahun 1941 di desa Asba’ah Al-Hariyeh, Jenin, Palestin yang diduduki Israel.
Beliau dibesarkan di sebuah rumah yang bersahaja dimana beliau dididik
Agama Islam, ditanamkan kecintaan terhadap Allah SWT dan RasulNya
s.a.w., terhadap mujahid yang berjuang di jalan-Nya, dan terhadap
orang-orang yang shaleh yang mencintai kehidupan akhirat.


Semasa
masih kanak-kanak, Abdullah Azzam sangat menonjol di antara kanak-kanak
lainnya. Beliau sudah mulai menyiarkan dakwah Islam semenjak masih
sangat muda. Teman-teman sepergaulan mengenal beliau sebagai seorang
anak yang soleh. Beliau
telah
menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa sejak muda dan guru-guru beliau
telah mengenali tanda-tanda itu sejak beliau masih di Sekolah Dasar.


Pendidikannya


Syeikh Abdullah Azzam dikenal kerana ketekunan dan kesungguhannya bahkan
sejak masih kecil. Beliau memperoleh pendidikan dasar dan menengah di
desanya dan kemudian melanjutkan pendidikan di Sekolah Tinggi Pertanian
Khadorri hingga memperoleh gelar. Meskipun beliau yang termuda di antara
teman-temannya, namun beliau adalah yang terpandai dan terpintar.



Setelah menamatkan pendidikannya di Khadorri beliau bekerja sebagai guru di desa Adder,
Jordan Selatan. Kemudian beliau menuntut ilmu di Fakulti Syariah
Universiti Damsyik Suriah hingga memperoleh gelar B.A (sarjana muda) di
bidang Syariah pada tahun 1966. Ketika tentara Yahudi merebut Tebing
Barat pada tahun 1967, Syeikh Abdullah Azzam memutuskan untuk pindah ke Jordan, kerana beliau tidak ingin hidup di P
alestin yang berada di bawah pendudukan Yahudi. Melihat bagaimana tentera-tentera Israel
maju memasuki Tebing Barat tanpa mendapatkan perlawanan yang berarti
menimbulkan perasaan bersalah dalam diri beliau sehingga membuat beliau
makin mantap untuk hijrah dengan maksud agar dapat mempelajari ilmu
perang.


Menyertai Jihad Palestin


Syeikh
Abdullah Azzam cukup lama turut serta dalam jihad Palestin. Namun ada
hal yang tidak disukainya, iaitu orang-orang yang terlibat di dalamnya
sangat jauh dari Islam. Beliau menggambarkan bagaimana orang-orang ini
berjaga-jaga sepanjang malam sambil bermain kartu dan mendengarkan
muzik, dan menganggap bahwa mereka sedang menunaikan jihad untuk
membebaskan Palestin. Syeikh Abdullah Azzam menyebutkan juga meskipun
ada ribuan orang di basis-basis pemukiman, tetapi jumlah oran
g yang hadir untuk solat berjamaah bisa dihitung dengan satu tangan saja. Beliau


berusaha
mendorong mereka untuk menerapkan Islam sepenuhnya, namun mereka
bertahan untuk menolak. Suatu hari beliau bertanya kepada seorang
‘Mujahid’ secara retoris, agama apa yang ada di belakang revolusi
Palestin, ‘Mujahid’ itu menjawab dengan jelas dan gamblang: “Revolusi
ini tidak memiliki dasar agama apapun”


Habislah kesabaran Abdullah Azzam. Beliau kemudian meninggalkan Palestin, pindah ke Arab Saudi dan mengajar di berbagai universitas di sana.


Kesedaran Jihad dan Menyertai Jihad Afghanistan




Saat
Syeikh Abdullah Azzam menyedari bahawa hanya dengan kekuatan yang
terorganisir umat ini bisa menggapai kemenangan, lalu jihad dan senjata
adalah kesibukan dan pengisi waktu luangnya.




“Jihad hanya dengan senjata, tidak dengan negosiasi, tidak dengan perundingan damai, tidak dengan dialog”




Kalimat
tersebut menjadi semboyan beliau. Beliau praktikkan apa yang selalu
beliau kumandangkan, sehingga membuat beliau menjadi salah satu di
antara orang Arab pertama yang bergabung dalam jihad di Afghanistan melawan Uni Soviet yang komunis.


Pada tahun 1980, ketika masih di Saudi Arabia, Abdullah Azzam memperoleh kesempatan berjumpa dengan satu delegasi mujahidin Afghanistan
yang datang untuk menunaikan ibadah haji. Segera beliau tertarik dengan
kelompok ini dan ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai jihad Afghanistan. Ketika dijabarkan kepadanya, beliau merasa inilah yang sejak lama beliau cari-cari.




Beliau segera melepaskan jabatannya sebagai dosen di Universiti King Abdul Aziz Jeddah Saudi Arabia, dan berangkat menuju Islamabad Pakistan agar dapat lebih dekat dengan jihad Afghanistan, dan di sanalah beliau mengenal pemimpin-pemimpin mujahidin. Saat-saat pertama berada di Pakistan,
beliau ditunjuk untuk memberikan kuliah di International Islamic
Universiti di Islamabad. Namun tidak lama ini berlangsung, karena beliau
memutuskan untuk meninggalkan universitas agar bisa mencurahkan seluruh
waktu dan energinya untuk jihad di Afghanistan.




Pada permulaan dekad 1980-an, Syeikh Abdullah Azzam langsung turun ke medan jihad Afghanistan.
Di jihad inilah beliau merasa puas bisa memenuhi kerinduan dan cinta
yang tak terlukiskan untuk berjuang di jalan Allah SWT, persis seperti
suatu kali Rasulullah SAW bersabda:




قيام ساعة في الصف للقتال في سبيل الله خير من قيام ستين سنة




“Berdiri satu jam dalam pertempuran di jalan Allah SWT lebih baik daripada berdiri menunaikan solat selama enam puluh tahun”




Terinspirasi oleh hadis ini, Syeikh Abdullah Azzam beserta keluarganya memutuskan pindah ke Pakistan agar lebih dekat dengan medan jihad. Tidak lama setelah itu beliau pindah lagi dari Islamabad ke Peshawar supaya bisa lebih dekat lagi dengan medan jihad dan syahid.




Di
Afghanistan beliau jarang menetap di suatu tempat. Beliau selalu
berkeliling ke seluruh pelosok negeri mengunjungi hampir seluruh
propinsi dan wilayah seperti Logar, Kandahar, pegunungan Hindukush, lembah Panshir, Kabul
dan Jalalabad. Dalam kunjungan ini, Syeikh Abdullah Azzam menyaksikan
secara langsung kepahlawanan orang-orang awam yang telah mengorbankan
segala apa yang dimiliki termasuk jiwa mereka demi jayannya Dien Islam.




Di
Peshawar, setelah kembali dari berkeliling, Syeikh Abdullah Azzam
selalu berbicara tentang jihad secara kontinyu. Beliau selalu berdoa
agar para Komandan Mujahidin yang terpecah belah dapat bersatu padu.
Beliau selalu mengundang orang-orang yang belum
bergabung dalam pertempuran untuk memanggul senjata dan maju ke garis depan sebelum terlambat.




Sangat Dipengaruhi Jihad Afghanistan




Abdullah Azzam sangat dipengaruhi oleh jihad Afghanistan
dan beliaupun sangat besar pengaruhnya pada jihad ini, sejak beliau
mengabdikan diri sepenuhnya dalam perjuangan. Beliau menjadi salah satu
tokoh yang paling menonjol dan berpengaruh bersama dengan
pemimpin-pemimpin bangsa Afghanistan lainnya. Beliau tidak tanggung-tanggung mempromosikan perjuangan Afghanistan
ke seluruh dunia, khususnya ke kalangan Umat Islam. Beliau berkeliling
dunia, menyampaikan panggilan kepada kaum muslimin untuk
beraksi mempertahankan agama dan tanah muslim. Beliau menulis sejumlah buku tentang jihad, seperti Joint the Caravan, Signs of Ar-Rahman in the Jihad of the Afghan, Defence of the Muslim Lands and Lovers of the Paradise Maidens. Bahkan beliau turun langsung ke medan jihad Afghanistan,
meskipun usia beliau telah lebih dari 40 tahun. Beliau menjelajahi
Afghanistan, dari utara ke selatan, dari timur ke barat, menembus salju,
mendaki pegunungan, di bawah panas terik matahari dan dingin membekukan
tulang, dengan menunggang keledai maupun berjalan kaki. Banyak pemuda
yang bersama beliau kelelahan, namun Syeikh Abdullah Azzam tidak.




Beliau mengubah pandangan umat Islam terhadap jihad di Afghanistan dan menjadikan jihad
ini sebagai perjuangan yang Islami yang merupakan kewajiban seluruh
umat Islam di dunia. Hasil dari usaha ini adalah jihad Afghanistan
menjadi universal dimana umat Islam dari seluruh penjuru dunia turut
serta. Para pejuang muslim dari seluruh penjuru dunia secara sukarela
berdatangan ke Afghanistan untuk memenuhi kewajiban jihad dan membela saudara-saudara muslimin dan muslimah mereka yang tertindas.




Kehidupan
Syeikh Abdullah Azzam berkisar hanya kepada satu tujuan, yakni
menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi ini, yang merupakan tanggung
jawab yang pasti bagi
setiap
dan segenap umat muslim. Dalam rangka melaksanakan tugas suci dalam
hidup ini yaitu menegakkan kembali Khilafah Islamiyah (negara yang
berdasarkan pada hukum Islam), Syeikh Abdullah Azzam mengkonsentrasikan
kepada jihad (perjuangan bersenjata untuk menegakkan Islam). Beliau
berkeyakinan bahwa jihad wajib dilaksanakan sampai Khilafah Islamiyah
ditegakkan sehingga cahaya Islam menerangi seluruh dunia.




Beliau
juga menjaga dan memelihara keluarganya dengan semangat perjuangan yang
sama, sehingga isterinya, sebagai contoh, aktif mengurus anak-anak
yatim piatu dan aktif dalam berbagai tugas kemanusiaan di Afghanistan. Beliau menolak jabatan di beberapa universitas dengan menyatakan bahwa dirinya tidak akan pernah meninggalkan jihad
kecuali jika gugur di medan
perang atau terbunuh. Beliau selalu menekankan kembali bahwa tujuannya
yang terakhir adalah membebaskan tanah suci Palestin. Dalam hal ini
beliau menyatakan:




“Saya tidak akan meninggalkan tanah jihad kecuali karena tiga hal. Pertama saya terbunuh di Afghanistan, kedua saya terbunuh di Pakistan, ketiga saya diborgol dan diusir dari Pakistan.”




Jihad Afghanistan telah membuat Abdullah Azzam menjadi penyangga utama dalam gerakan
jihad di jaman modern sekarang. Dengan turun langsung dalam jihad ini
dan dengan mempromosikannya serta menjelaskan kendala-kendala yang
menghambat gerakan jihad, beliau memiliki peranan yang sangat berarti
dalam meluruskan pendapat umat Islam tentang jihad dan perlunya
menegakkan jihad. Beliau menjadi panutan bagi generasi muda yang
menyambut panggilan jihad. Beliau amat mementingkan jihad dan butuh akan
jihad. Sekali waktu beliau berkata:




“Saya merasa seolah-olah berumur sembilan tahun. Tujuh setengah tahun dalam jihad di Afghanistan dan satu setengah tahun dalam jihad di Palestina. Sisa tahun lainnya tidak berarti sama sekali”




Dari atas mimbar Syeikh Abdullah Azzam berulangkali menekankan keyakinannya:




“Jihad
tidak boleh ditinggalkan sampai hanya Allah SWT saja yang disembah,
jihad akan terus berlangsung sampai kalimat Allah SWT ditinggikan. Jihad
sampai semua orang yang tertindas dibebaskan. Jihad untuk melindungi
kehormatan kita dan merebut kembali tanah kita yang dirampas. Jihad
adalah jalan untuk mencapai kejayaan abadi”




Sejarah
dan semua orang yang mengenal dekat Syeikh Abdullah Azzam mencatat
keberanian beliau dalam berbicara tentang kebenaran, dengan mengabaikan
segala konsekuensi yang ada.




Setiap saat Syeikh Abdullah Azzam mengingatkan seluruh kaum muslimin bahwa:










“Umat
Islam tidak dapat dikalahkan oleh umat lainnya, kita umat Islam tidak
akan dikalahkan oleh musuh-musuh kita, namun kita bisa dikalahkan oleh
diri kita sendiri.”




Seorang Yang Berperilaku Islami




Syeikh
Abdullah Azzam adalah contoh seorang yang berperilaku Islami dengan
baik, dengan amal solehnya, dengan ketaqwaannya kepada Allah SWT dan
dengan kesederhanaannya dalam segala hal. Beliau tidak pernah mencemari
hubungan baiknya dengan orang lain. Syeikh Abdullah Azzam selalu
mendengarkan pendapat para pemuda, beliau amat disegani dan tidak
terbersit sedikitpun rasa takut di dalam hatinya. Beliau selalu berpuasa
selang seling hari seperti yang dilakukan Nabi Daud ‘alaihi salam. Dan
juga selalu menghimbau yang lainnya untuk berpuasa Senin dan Kamis.
Syeikh Abdullah Azzam adalah orang yang selalu berterus terang, tulus,
dan mulia. Beliau tidak pernah mencaci orang lain atau berbicara yang
tidak baik mengenai orang lain.




Satu saat sekelompok muslim yang tidak puas di Peshawar
mencap Syeikh Abdullah Azzam sebagai kafir dan menuduhnya meminta wang
dari kaum muslimin untuk dihambur-hamburkan. Ketika Syeikh Abdullah
Azzam mendengar hal ini, beliau tidak mencari dan mendebat mereka, malah
mengirimi mereka berbagai hadiah. Namun kelompok tersebut tetap saja
mencaci maki, mengumpat dan memfitnah beliau, dan beliau terus saja
mengirimi mereka hadiah lainnya. Bertahun-tahun kemudian, ketika
akhirnya menyedari kesalahan, mereka berkomentar:




“Demi
Allah, kami belum pernah menemui seseorang seperti Syeikh Abdullah
Azzam. Beliau tetap saja memberi kami wang walaupun kami selalu mengutuk
dan mencaci beliau.”




Selama jihad Afghanistan
berlangsung, beliau telah berhasil menyatukan berbagai kelompok
mujahidin dalam jihad ini. Dan tentu saja kebanggaan beliau terhadap
Islam menimbulkan rasa benci di kalangan musuh agama, sehingga musuh
membuat rencana untuk menghabisi nyawa beliau. Pada November 1989,
sejumlah bahan peledak TNT diletakkan di bahwa mimbar dimana beliau
selalu menyampaikan khutbah Jumat. Demikian besarnya jumlah bahan
peledak tersebut sehingga seandainya meledak akan
menghancurkan seluruh masjid termasuk apa saja dan siapa saja yang ada di dalamnya. Ratusan muslimin dapat terbunuh. Namun Allah SWT memberikan perlindungan-Nya dan bom tersebut tidak meledak.




Syahid Dengan Cara Gemilang




Musuh-musuhpun semakin berhasrat melaksanakan rencana gilanya. Mereka mencubanya sekali lagi di Peshawar,
tidak lama berselang setelah kejadian tersebut. Ketika itulah Allah SWT
berkehendak agar Syeikh Abdullah Azzam meninggalkan dunia ini dalam
keadaan syahid menuju haribaaan-Nya (kita berharap demikian, Insya Allah
SWT). Dan Syeikh Abdullah Azzam wafat dengan cara yang gemilang pada
hari Jumat 24 November 1989 pukul 12.30 tengah hari.




Musuh-musuh Allah SWT meletakkan tiga bom di jalan sempit dimana hanya bisa dilewati satu
kenderaan saja. Jalan tersebut adalah jalan yang biasa dilalui oleh
Syeikh Abdullah Azzam untuk menunaikan solat Jumaat. Pada hari Jumaat
itu Syeikh Abdullah Azzam bersama dengan 2 anaknya, Ibrahim dan
Muhammad, serta salah seorang anak Syuhada Syeikh Tamim Adnani (salah
seorang pahlawan jihad Afghanistan lainnya), melalui jalan tersebut.
Kenderaanpun berhenti dimana bom yang pertama berada dan Syeikh Abdullah
Azzam turun untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.
Musuh-musuh yang sudah menanti segera memicu bom yang telah mereka
persiapkan tersebut. Bunyi ledakan dahsyat menggoncang hebat terdengar
di seluruh penjuru kota.




Orang-orang
berhamburan keluar dari masjid dan menyaksikan pemandangan yang
mengerikan. Hanya sedikit saja yang tersisa dari kendaraan yang hancur
lebur. Tubuh anaknya yang kecil, Ibrahim, terlempar ke udara sejauh 100
meter, demikian pula kedua
anak
lainnya, beterbangan pada jarak yang hampir sama. Potongan-potongan
tubuh mereka tersebar di pohon-pohon dan kawat-kawat listrik. Sementara
tubuh As-Syahid Syeikh Abdullah Azzam tersandar di dinding, tetap utuh
dan tidak cacat sama sekali, kecuali sedikit darah terlihat mengalir
dari mulut beliau.




Ledakan itu telah mengakhiri perjalanan hidup Syeikh Abdullah Azzam di dunia yang
telah beliau lalui dengan baik melalui perjuangan, daya upaya sepenuhnya dan pertempuran
di jalan Allah SWT. Hal ini semakin menjamin kehidupannya yang
sebenarnya dan abadi di taman syurga – kita memohon kepada Allah SWT
demikian - , dan
menikmatinya bersama dengan teman-teman yang mulia yakni:




وَمَن
يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ
عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء
وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقاً




“Dan
barangsiapa yang mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya mereka ini akan
bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah SWT,
yaitu para Rasul, para Shiddiqiin, orang-orang yang mati Syahid dan
orang-orang soleh. Dan mereka inilah teman yang sebaik-baiknya”
. (QS An-Nisaa’: 69)




Pengurusan Jenazahnya




Apabila orang ramai mengetahui bahawa yang terbunuh itu ialah Abdullah Azzam, ramai di antara
mereka menitiskan air mata. Orang ramai kemudiannya membantu membawa
mayat beliau dan 2 orang anaknya ke hospital yang berdekatan.




Setelah
doktor mengesahkan ketiga-tiga mereka itu tidak lagi bernyawa, maka
jenazah tersebut kemudiannya dibawa ke rumah rakan seperjuangan beliau,
pemimpin Ittihad Islami, Abdul Rabbir Rasul Sayyaf sementara menunggu
untuk dikebumikan.




Dalam
pada itu, orang ramai yang menunggu jenazah Abdullah Azzam dan anaknya,
terbau haruman kasturi daripada bilik tempat jenazah mereka
ditempatkan. Ini menguatkan lagi keyakinan mereka, bahawa Abdullah Azzam
serta 2 orang anaknya, dicabut nyawa oleh Allah sebagai seorang
syuhada. Haruman tersebut ialah salah satu petanda bahawa perjuangan
Abdullah Azam telah mencapai matlamat yang sering dirindukannya.




Pada
solat Maghrib malam itu, ribuan orang daripada pelbagai lapisan bangsa
yang hadir untuk solat jenazah kepada jasad Abdullah Azzam berserta 2
orang anaknya itu.




Dengan cara seperti inilah pahlawan besar dan Penggerak Kebangkitan Islam meninggalkan medan jihad dan dunia ini, dan tidak akan pernah kembali lagi. Beliau dimakamkan di Makam para Syuhada Pabi di Peshawar Pakistan,
dimana beliau bergabung bersama-sama dengan ratusan syuhada lainnya.
Semoga Allah SWT menerima beliau sebagai syuhada dan menganugerahinya
tempat tertinggi di surga (amin). Pertempuran yang telah beliau lalui
dan telah beliau perjuangkan tetap berlanjut melawan musuh-musuh Islam.
Tidak satupun tanah jihad di seluruh dunia, tidak seorang pun mujahidin
yang berjuang di jalan Allah SWT yang tidak terinspirasi oleh hidup,
ajaran, dan karya Syeikh Abdullah Azzam Rahmatullah ‘alaih






Kita
memohon kepada Allah SWT untuk menerima amal ibadah beliau dan
menempatkan beliau di surga tertinggi. Kita memohon kepada Allah SWT
untuk membangkitkan dari umat ini ulama-ulama lain sekaliber beliau,
yang menerapkan pengetahuannya di medan perjuangan, bukan hanya menyimpannya di dalam buku dan di dalam masjid saja.




Melalui
biografi ini, telah dirakam kejadian-kejadian dalam sejarah Islam
selama sepuluh tahun terakhir dari tahun 1979 hingga 1989, dan akan
terus berlanjut sebagaimana Syeikh Abdullah Azzam berkata:






“Sesungguhnya
sejarah Islam tidaklah ditulis melainkan dengan darah para syuhada,
dengan kisah para syuhada, dengan teladan para syuhada”








يُرِيدُونَ
أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللّهُ إِلاَّ
أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32) هُوَ الَّذِي
أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33)




“Mereka
berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah SWT dengan mulut mereka,
dan Allah SWT tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya
walaupun orang-orang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus
Rasul-Nya dengan membawa petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar untuk
dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak
menyukai”
(At-Taubah: 32-33)




Susunan:


M.A.Uswah,


Sandakan,


24 November 2008.




Rujukan:


- Majalah Al-Islam, Ogos 2005.


- http://perisaidakwah.com/content/view/20/27/


- http://www.namaislami.com/Biography/Abdullah-Azzam.html















Sabtu, Juni 28, 2008











Siapakah Yang Membunuh Hasan Al-Banna? (Siri 1)














Hasan
Al-Banna adalah sosok dengan keperibadian yang memukau. Aktiviti dakwah
yang dimulainya pada usia sekitar 12 tahun telah membangkitkan semangat
keimanan dan jihad jutaan orang.

Namun kejayaan dakwahnya juga
telah membangkitkan kekhuatiran sekaligus kedengkian banyak pihak, baik
lawan politiknya mahupun penjajah yang tidak menghendaki kebangkitan
Islam.

Akhirnya pada 12 Februari 1949, pada usia 43 tahun, Hasan Al-Banna dibunuh.

Pertanyaan
besar muncul di benak banyak kalangan. Siapakah dalang dibalik
pembunuhan beliau? Bagaimana senario pembunuhannya? Ikuti dokumentari
ini di video atas tersebut. Eksklusif hanya di blog ini.











Kamis, Februari 28, 2008








Dr Mustafa As-Siba'ie, Ulama dan Mujahid Syria









Dr
Mustafa As-Siba'ie dilahirkan di Hims, Suriah, Syria pada tahun 1915
dari keluarga ulama. Ayah dan kakek beliau adalah khotib masjid raya
Hims, jabatan khotib tesebut telah turun temurun semenjak ratusan tahun
lamanya. Ayah beliau Husni As Sibai terkenal sebagai seorang mujahid
yang gigih menentang penjajahan, beliau berjuang dengan harta dan
jiwanya dalam menghadapi penjajahan Perancis.


Sebagaimana
halnya beliaupun adalah merupakan penggagas lembaga-lembaga kebajikan
Islam an sosial sehingga hal tersebut cukup mempengaruhi pertumbuhan dan
pendidikan putra beliau Musthofa As Sibaai'. Kehidupan yang sulit dan
keras dalam suasana penjajahan juga mempengaruhi petumbuhan beliau,
terutama memupuk sikap patriotik dan perlawanan terhadap penjajah dan
antek-anteknya.


Semenjak
muda Musthofa As Sibaai' selalu menghadiri majlis ilmu ayahnya, dan hal
tersebut memupuk keulaman dan kefaqihan beliau dalam menyelesaikan
masalah-masalah fiqhiyyah, khususnya fiqih komparatif. Sehingga dalam
waktu yang tidak lama beliau terhitung sebagai ulama serta faqih, dan
hal itulah yang mendorong beliau unyuk terjun langsung dalam medan jihad
dan "islah" reformasi serta memberantas bid'ah.


Dr
Musthofa As Sibaai' menikah di Dimasq, ketika beliau meminang calon
istrinya pihak peminang menginformasikan kepada pihak keluarga wanita
bahwa; Mushtofa As Sibaai adalah seorang aktivis da'wah, dan kebanyakan
waktnya akan tersita untuk kepantingan da'wah. Hal tersebut diungkapkan
agar pihak keluarga wanita memakluminya sebelum pinangan diterima, dan
akhirnya keluarga wanita menerima hal tersebut.


Kehidupan As-Siba'ie



Masa
kanak-kanak dan pertumbuhan beliau dibawah asuhan orang tuanya yang
dikenal sebagai ulama Hims, beliau senantiasa menghadiri majlis ilmu
ayahnya, bahkan ayahnya selalu mendorong beliau agar mempelajari ilmu
Syariah.


Sibaai'
muda tak sama dengan pemuda-pemuda lainnya, diusia mudanya dia aktif
dengan kegiatan-kegiatan menentang penjajahan. Diusianya yang ke
enambelas (Th 1931) beliau telah mengenyam kehidupan kerangkeng untuk
pertama kalinya, beliau ditangkap oleh penjajah Perancis karena
mengkoordinir kawan-kawannya dalam menyebarkan selebaran yang mengkritik
kebijakan penjajahan Perancis.


Musthofa
As Sibaai' tidak kapok dengan pengalaman pertamanya dijebloskan ke
dalam penjara, beliau ditangkap untuk kedua kalinya oleh pihak Perancis
karena khutbah jumat beliau di mesjid raya Hims dianggap menggugah ruh
jihad dan perjuangan warga Hims melawan penjajah Perancis.Dalam sejarah
perlawanannya menentang penjajahan Perancis,perjuangan beliau tidak
hanya dengan "kalam" belaka tapi beliau pun memimpin kawan-kawannya
mengadakan perlawanan bersenjata menentang Perancis, seperti terjadi
pada tahun 1945.


Tahun
1933 Mushthofa As Sibaai' melanjutkan pendidikannya di Al Azhar. Sampai
di Mesirpun jiwa kepahlawanannya tidak menyusut, bahkan bersama
shahabat-sahabat Mesirnya beliau ikut serta berunjuk rasa menentang
penjajahan Inggris, demikian halnya ketika sahabat-sahabat Iraknya
mengadakan unjuk rasa menentang penjajahan Inggris beliau tidak
ketinggalan, sehingga beliau ditangkap oleh pemerintah Inggris saat itu.
Tiga bulan beliau meringkuk dalam sel penjara Mesir, Syaik Azhar saat
itu,Musthofa Al Maraghi ikut turun tangan dalam berusaha mengeluarkan As
Sibaai' dari penjara, tapi kemudian beliau dipindahkan ke penjara
Palestina selama empat bulan lamanya, setelah itu beliau dibebaskan
dengan jaminan.


Musthofa
As Sibaai' selanjutnya tidak diperkenankan kembali ke Mesir, padahal
beliau sedang mempersiapkan disertasi doktornya. Pemeritah penjajahan
Inggris melarang As Sibaai masuk Mesir karena beliau dianggap sebagai
pemicu gerakan anti Inggris, bahkan dianggap sebagai biang keladi
revolusi bangsa Mesir terhadap Inggris. Hal tersebut terjadi tahun 1940.
Tahun
1949 As Sibaai' baru dapat mengajukan disertasi doktornya yang cukup
dikenal dikalangan ulama saat ini "As Sunnah Wamakanatuha Fi At Tasyri'"
(Kedudukan Sunnah dalam Syariah* ) As Sibaai' dengan tesisnya tersebut
mendapat kelulusan dengan suma cumlaude. Dalam tesisnya tersebut As
Sibaai' menyanggah habis argumen kaum Orientalis tentang kedudukan AS
Sunnah dalam Syariat Islam. Disamping beliaupun menulis buku khusus
tentang orientalis dengan judul "Alistisyraq Wal Mustasyriqun"
Orientalisme dan kaum Orientalis.
Dalam masa pendidikannya di Al
Azhar itulah beliau berhubungan dengan Imam Hasan Al Banna pengasas
gerakan Ikhwanul Muslimun. Bahkan hubungan beliau berlanjut sampai
setelah kepulangan beliau ke Suriah. Tahun 1942 berdirilah Ikhwanul
Muslimun Suriah dibawah pimpinan beliau. Sehubungan dengan pendirian
Ikhwanul Muslimun Suriah, Hasan Al Banna mengirim utusan khususnya Dr
Said Rhamadhan (menantu Hassan Al Banna) . Di tahun pertama setelah
berdirinya Ikhwanul Muslimun tercatat 100 ribu orang lebih anggota.


Sebelum
dibentuknya Ikhwanul Muslimun Suriah, amal da'wah di Suriah digerakkan
oleh lembaga-lembaga da'wah yeng kemudian bersatu setelah dibentuknya
Ikhwanul Muslimun. Diantara lembaga tersebut adalah; "Jamiyyah Subbanul
Muslimin" Damaskus pimpinan Dr Muhammad Mubarak, "Darul Arqom", dan
"Jamiyyah Al Ikhwan Muslimun" yang diprakarsai oleh Assyaikh Mahmud
Utsman atas usulan Imam Hasan Al Banna.


Jiwa
patriotik dan semangat jihad Dr Musthofa As Sibaai' menggerakkan beliau
untuk membawa pasukan Ikhwanul Muslimun dalam Jihad Palestina 1948
melawan Zionisme Yahudi bersama pasukan Ikhwan Irak yang dipimpin oleh
Muhammad Mahmud Showwaf dan Ikwan Mesir yang dipimpin oleh Abdurahman Al
Banna, serta Ikhwan Yordania .


Tapi
perjuangan Ikhwan yang dilandasi oleh aqidah dan tanggung jawab atas
"Ardul mubarak" di khianati oleh para pemimpin Arab saat itu, bahkan
para mujahid Ikhwan Mesir langsung digiring ke penjara sesampainya
mereka ke tanah air, yang mereka sisakan diluar tahanan hanya Imam Hasan
Al Banna, dan dalam kondisi seperti itulah para musuh Islam menghabisi
Asy Syahid Al Imam, dengan harapan besar bahwa dengan dihabisinya Al
Imam Syahid punah pulalah gerakan da'wah Ikhwanul Muslimun. "Wamakaru
wamakarollah" Mereka berbuat makar dan Allah membalas makar mereka.


Sepulang
dari jihad Palestina, As Sibaai' tak menghentikan thabiat jihadnya.
Kali ini beliau berjihad dari dalam Suriah sendiri dengan tulisan dan
kalamnya, dengan taujih dan tarbiyyahnya kearah islah dan membina
generasi mujahid dengan manhaj Islami yang benar, mulai dari pembentukan
pribadi yang Islami, keluarga Islami, masyarakat Islami, dan akhirnya
berdirinya Daulah Islamiyyah.


Tahun
1950 Beliau termasuk anggota komisi perumus undang-undang. Dengan
perjuangannya beliau berhasil memberi warna Islami pada rancangan
Undang-undang Suriah dalam pasal-pasal yang sangat esensi, dan berhasil
mengikis usaha sekularisasi UU Suriah


Dr
Musthofa As Sibaai' bersama sahabat-sahabat seperjuangannya berhasil
memperjuangkan masuknya pelajaran pendidikan Islam dalam kurikulum
pendidikan, disamping itu beliaupun berhasil pula membuka jurusan
Syariah di Universitas Suriah (sekarang Universitas Damaskus).
Dr
Musthofa As Sibaai' pun mengusulkan penyusunan ensiklopedia fiqh,
sehingga masalah-masalah fiqhiyyah dapat ditampilkan dalam format baru,
disamping menjawab dan menyelesaikan masalah-masalah kontemporer, dengan
berpedoman kepada Al Quran dan Sunnah serta pendapat-pendapat
Salafush-shoolih. Ensiklopedi tersebut sekarang telah digarap oleh para
ulama muslim terkenal dari seluruh penjuru dunia, sampai saat ini sudah
sampai huruf "qof" dan mencapai 38 jilid dalam format besar.


Dalam
dunia Islam Dr Musthofa As Sibaai' dikenal sebagai seorang tokoh
gerakan Islam yang alim dan faqih. Tahun 1951 beliau sempat menghadiri
mu'tamar Islami yang diadakan di Pakistan, dalam kesempatan tersebut
beliau sempat bertemu dengan tokoh-tokoh dunia Islam.
Tahun 1952 Dr
Musthofa As Sibaai meminta agar pemerintah suriah, agar beliau dan
anggota Ikhwan Suriah diizinkan keluar dari Suriah untuk turut berjihad
bahu membahu bersama Ikhwan Mesir dalam menghadapi Inggris di Terusan
Suez. Rupanya permohonan tersebut berakibat fatal, yang mengakibatkan
Ikhwanul Muslimun Suriah dilarang selanjutnya mereka di selkan dan Dr As
Sibaai' dibuang ke Libanon setelah sebelumnya dipecat dari Universitas
Damaskus. Seperti itulah resiko perjuangan membela kebenaran. Tapi
hikmah Allah dibalik semua itu, di Libanon AS Sibaai' justru senantiasa
dikerumuni para pemuda, dan itulah cikal bakal gerakan Islam Libanon "Al
Jamaah Al Islamiyyah" yang di dirikan tahun 1964 dan membuahkan dai'
muharrik kondang Fathi Yakan.


Tahun
1953 Dr Sibaai' pun sempat menghadiri konfrensi Islam untuk pembelaan
Al Quds yang diadakan di kota Al Quds dan dihadiri oleh perwakilan
Ikhwanul Muslimun dari seluruh negara Arab dan para tokoh Islam dunia,
termasuk saat itu hadir Dr Muhammad Natsir sebagai wakil Indonesia.


Tahun
1954 para pemimpin Ikhwan bertemu di Libanon dalam mu'tamar Islam dan
Kristen, hadir dalam mu'tamar tersebut Ustadz Hasan Hudaibi "mursyid"
Ikhwanul Muslimun Mesir saat itu, Ustadz Muhammad Mahmud Showwaf
pimpinan Ikhwan Iraq, Ustadz Muhammad Abdurahman Khalifaf pimpinan
Ikhwan Yordania, Ali Tholibullah mewakilli Sudan, dan Abdul Aziz Mathu'
dari Kuwait serta Dr As Sibaai' sendiri sebagai pemimpin Ikhwan Suriah.
Sepulangnya
Hasan Hudaibi dari Libanon rezim Jamal Abdul Nasher menjebloskan
mursyid Ikhwan kedua Hasan Hudaibi beserta ikhwan lainnya. Ikhwanun
Muslimin Arab kemudian membentuk "maktab tanfidhi" yang dipimpin oleh Dr
Mushtofa As Sibaai'


Pengaruh
Dr Musthofa As Sibaai' bukan hanya dirasakan oleh para pemuda Suriah,
tapi para pemuda Turki yang menuntut ilmu di Suriah merasakan
pengaruhnya, mereka senantiasa hadir dalam majlis-majlis As Sibaai',
bahkan hubungan mereka terus berlanjut setelah kepulangan mereka ke
Turki.


Kiprah
da'wah Dr As Sibaai' tidak hanya dalam mimbar dan podium, beliaupun
berkiprah dalam melahirkan majalah mingguan "As Syihab" bahkan beliau
sempat memimpin majalah "AL Muslimun" setelah majalah tersebut ditutup
di Mesir, sampai tahun 1958, kemudian penerbitan majalah tersebut
berpindah ke Swis seiring dengan hijrahnya Dr Said Ramadhan ke Swis.
Bersamaan dengan itu beliaupun menerbitkan majalah bulanan "Al Hadhoroh
Al Islamiyyah" sebagai pengganti Al Muslimun.


Sedangkan
tulisan beliau yang dibukukan adalah: 1- Syarah Qonun Al Ahwal
Ashshakhsiyyah, 3 jilid 2- As Sunnah Wamakanatuha Fi At Tasyri', tesis
doktornya (sudah diterjemahkan) 3- Al Marah baina Al Fiqhi Wal Qonun
(sudah diterjemahkan) 4- Isytirokiyyah Al Islam (Sudah diterjemahkan)
5-As-Sirah An Nabawiyyah Durusun Wa Ibar, buku yang mengilhami para
penulis fiqh sirah (sudah diterjemahkan) Dan banyak lagi karangan beliau
yang sarat dengan taujih serta Ilmu.


Aktitas
da'wah beliau tak pernah berhenti sampai pada masa sakit beliau yang
berkepanjangan, tubuh beliau lumpuh sebelah selama delapan tahun, beliau
senantiasa shabar menghadapi ujian tersebut, tak pernah mengeluh, ridho
dengan apa yang menimpanya, tahmid, tasbih dan istighfar senantiasa
menghiasi bibirnya siang dan malam. Penyakitnya sama sekali bukan suatu
penghalang bagi dirinya dalam menyampaikan da'wah.


Dalam
salah satu ungkapan As Sibaai kepada shabatnya " berkata: "Aku dalam
keadaan sakit, jelas aku merasakan sakitnya. Dan andapun dapat
melihatnya dari roman wajahku, dan dari tanganku yang tak dapat
bergerak. Tapi lihatlah keagungan Hikmah Allah dibalik semua itu,
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa mentakdirkan aku menjadi orang yang
lumpuh, dan terbukti sebagian tubuhku lumpuh... Tapi, perhatikan bagian
mana yang lumpuh? Allah telah melumpuhkan bagian tubuhku sebelah kiri,
dan membiarkan bagian tubuh sebelah kanan tetap bergerak. Betapa Agung
Ni'mat Allah yang aku rasakan membiarkan bagian tubuh kananku tetap
bergerak. Dapatkah aku tetap menulis kalau Allah mentakdirkan tubuh
bagian kananku juga mengalami kelumpuhan? "


Subhanallah,
bahkan menurut peraksian shahabat-shahabat seperjuangan beliau, Dr As
Sibaai' sangat giat dan aktif dalam masa sakitnya. Dr Adib Sholeh shabat
dekat beliau berkata: "Sehari sebelum hari wafatnya, beliau masih
sempat menulis tiga tulisan; Al Ulama Al Auliya, Al Ulama Al Mujahidun
dan Al Ulama Asy Syuhada".


Betapa
jauhnya diri kita dari keteladanan beliau dalam meneladani perjuangan
Rasul SAW, betapa jauh perbedaan sikap yang dimiliki oleh beliau dengan
kiprah kita dalam da'wah, bahkan terkadang kewajiban diri kitapun masih
sering terlupakan, bahkan kita masih banyak kurangnya dari pada
lebihnya.


Dr
Mushtofa As Sibaai' menemui Rabbnya pada hari sabtu, 3/10/1964 di kota
kelahirannya Hims setelah melalui perjalanan hidupnya yang penuh dengan
perjuangan dan jihad.Jenazahnya dishalatkan di Damaskus di mesjid Al
Umawi. Ribuan orang turut menyolati jenazahnya, tak lupa para tokoh
gerakan Islam Suriah turut memberi kalimat akhir bagi kepergian Mujahid
besar As Sibaai', semisal Dr Muhammad Mubarak, Dr Muhammad Adib Sholeh,
Dr Hasan Huwaidi dan tokoh lainnya.




Diantara nashihat beliau dalam buku "Hakadza A'lammatni Al hayaat" adalah Tentang Istiqomah

"Istiqomah suatu jalan yang awalnya penuh dengan Karomah, pertengahannya dipenuhi keselamatan, dan ujungnya adalah surga"

Tentang keberhasilan dalam pertempuran di kancah politik

"Hati
yang salim, tangan yang bersih, aqidah yang benar, ahlak yang lurus
"istiqomah" ... Tapi tidak cukup hanya sekedar itu dalam menggapai
keberhasilan dalam pertempuran di kancah politik, selama tidak memiliki
kecemerlangan berfikir, fleksibel dalam amal, semangat yang hangat serta
memahami problem masyarakat dan thabiat manusia"


Dalam kesempatan lainnya Dr Mushtofa As Sibaai' mengingatkan kita semua bahwa:

Ada dua macam kecintaan yang tak dapat menyatu

Cinta kepada Allah dan cinta kemaksiatan

Cinta akan (Jihad) dan cinta kehidupan

Cinta terhadap pengorbanan dan cinta akan harta

Cinta akan kebenaran "Al haq" dan cinta akan kepemimpinan

Cinta akan perdamaian dan cinta untuk membalas dendam

Cinta akan perbaikan "ishlah" dan cinta akan keselamatan

Cinta terhadap perjuangan dan cinta untuk hidup santai

Cinta akan keadilan dan cinta akan penghambaan

Cinta terhadap rakyat dan cinta terhadap thogut

Cinta untuk berbuat kebaikan dan cinta untuk berbuat curang



Sumber:

http://tesur.tripod.com/islam/sibaai.html








  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 Tanggapan:

Posting Komentar

Item Reviewed: Badiuzzaman Said Nursi, Ulama, Mujaddid & Sufi Besar Abad 20 Rating: 5 Reviewed By: M Imron Pribadi